Seringkasnya dariku....

Merenung kembali sejarah lama
Suatu pengalaman berharga
Dalam hati... Meniti usia mendatang
Dalam erti kata resah, gelisah dan kesedihan
Musibah, tertekan dan rasa terhina..
Inikah yang kita minta?

Merenung pula erti kata hakikat
Hari esok masih lagi ghaib
Dan kita masih belum menyeberanginya
Berbuat baik kerana Allah Taala
Bukan memperkecilkan nikmatNya
Dan takkan terusik dengan kebencian
Malah tidak akan...
Merasa terancam dengan kekejian..

Aku... cuba bergembira dan berbahagia
Optimiskan minda dan jiwa
Cuba mendamaikan hidup dengan rela
dibawah naungan kasih sayangNYA
bukan ingin menjadi yang ma'sum
namun bukan jua berlandaskan nafsu
agar ucapanku adalah hujah
bukan terlencong menjadi syahwat
kerana aku..
benar-benar ingin ke ARAHNYA..

Monday, August 2, 2010

CUTE TEDDY BEAR GIVEAWAY



Salam di malam hari... hehehe.. mataku macam dah mengantuk, apatah lagi lepas pekena gulai ikan pari (orang johor panggil gulai la...) , TAPI! mataku jadi segar bila terpandangkan satu GIVEAWAY ni... dianjurkan oleh Cute Mum.. 

saja je nak try test cuba... manalah tahu.. tuah ayam di kaki.. tuah badan... ahaha.. dari aku terus mengularkan diri atas katil.. betul x?
http://mamiuyun.blogspot.com/2010/08/cute-teddy-bears-giveaway.html
kalau korang nak tahu, ni 1st giveaway Cute Mum tau... bukan susah mana pun kalau nak join.. GIVEAWAY ni dianjurkan bersempena birtday Cute Mum yang tak lama lagi.. :) bila?? hah... 

13 OGOS 2010! 
HAPPY BIRTHDAY TO U! 
HAPPY BIRTHDAY TO U! 
HAPPY BIRTHDAY TO U! 
MAY ALLAH BLESS U!
Doaku buat Cute Mum : Semoga sentiasa dirahmati oleh Allah... Dipanjangkan umurnya agar mendapat kejayaan dan dikurniakan rezeki yang berlipat ganda.. :)

p/s : bolehlah celebrate masa buka puasa... jangan lupa solat terawikh tau.. :)
NAK JOIN TAK? KLIK SINI ...

aku nak tag kawan-kawan aku ni :

CANTIK ITU KAMU ~ CONTEST 4 YOU~


Hari ni aku saja-saja blogwalking memandangkan insan yang aku sayang tertidur di sofa, kepenatan mencari barang hantaran.. ahahaha.. :) so, aku pun merajinkan diri ke satu blog milik MAWARPINK.. dia ada anjurkan satu contest nie.. hik..hik.. aku nak join gak la.. mana tau ada rezeki terpijak di petang hari ni..

Aku pun nak syorkan korang join gak contest nie.. sebab syarat-syaratnya bukan payah mana pun.. :) apa dia? hah.. baca ni dulu :

 

  1. Follow dan add blog MawarPink dekat  blogroll korang. (sebab pemenang akan diumumkan disini) - DONE -
  2. Follow dan add blog Cantik Itu Kamu jugak - DONE -
  3. Letak banner Cantik Itu Kamu kat sidebar korang. - DONE -
  4. Buat post dengan tajuk Cantik Itu Kamu Contest 4 you.
  5. Letakkan banner di atas dalam post contest korang and link it directly to my blog and letakkan juga di side bar ye.. - DONE -
  6. Letakkan SATU sahaja gambar yang korang rasa cantik permandangan, cantik baju korang pakai, cantik tudung korang ke, or korang sendiri memang cantik dlm picture tu. terpulang pada creativity masing-masing. Tak perlu explain pun tak pe. tak kisah la sorang-sorang or ramai2.. semua boleh join.. laki pun boleh.. hadiah nnt boleh bg kat aweks or wife kan.. ^_^ - DONE-
  7. Leave  your entry  link kat comment in this entry supaya senang saya nak check - DONE-
 
So, untuk contest ni, aku memilih sekeping gambar yang pada pandangan aku memang cantik dan istimewa.. hahaha.. jeng..jeng.. jeng... apa dia?
 
?
 
?
 
?
 
?
 
ni dia!.. 


actually, ni gambar model tak bertauliah aku.. ahakz! aku pun bukannya photographer yang bertauliah sangat.. tapi masa ni dah alang-alang aku kena buat assignment, so, i try my best la nak dapatkan markah yang terbaik.. wakakaka...
 
aku suka gambar ni dalam banyak2 gambar sebab kontra warnanya.. gambar ni aku ambil kat Fraser Hill, ada satu rumah lama, nilah dia.. ala-ala English style.. nampak antik kan..
so, nilah yang aku pertaruhkan buat contest ni.. korang yang nak join, KLIK SINI...


Sunday, July 25, 2010

PERADUAN "AKU TERIMA NIKAHNYA"

Salam blogwalkingku bermula di pagi hari ini.. ketika aku menerjah blog milik Nidza, yang menganjurkan satu peraduan, membuatkan hatiku terdetik untuk mencuba.. hahaha.. kalau diikutkan tajuk peraduan tu, aku ni sure tak layak sebab belum pun bernikah.. (menunggu hari bersejarah tu yang bakal tiba 16/10/2010 ni.. bersempena birthdayku)
 
tapi, bila aku baca syarat2nya, hehehe... why not i'm trying my luck? Nidza, saya mempertaruhkan gambar-gambar di bawah ini untuk tatapan anda dan juga pengunjung yang lain.. :)

Tarikh 1 Mei 2010 adalah tarikh bersejarah buat sepupuku yang rapat, Nur Adilah Abu Bakar dan juga pasangannya, Mohd Taufiq Ismail. Penikahan mereka diadakan di rumah pengantin perempuan.. (means rumah makcikku sendiri daa) pada pagi tarikh itu..  Aku bertugas sebagai orang penting.. iyer ker? ;) sebagai photographer.. taklah pro mana pun tapi sekurang-kurangnya dapat mengabdikan kenangan mempelai ini kan.. ahakz!

 Gambar ini aku shoot ketika Adilah di dalam bilik bersama walinya, ehem..ehem, ayahnya sendiri dan tuan kadi.. begitu nervous aku melihat Adilah 'sign' borang nikahnya tu.. yelah, ayahnya pun asyik tengok je.. ahaha... anak pompuan nak kahwin la katakan.. then..

 Gambar ni semasa majlis akad nikah tu berlangsung.. Bayangkanlah seandainya anda adalah pengantin lelaki seperti Taufiq ni? hehehe... bapak mertua sendiri yang nikahkan dia.. aku tak lupa lagi, masa ni punyalah penuh ruang tamu rumah memerhatikan acara tu berlangsung.. aku salute Taufiq yang cool, tenang je.. :) congrate la.. 

 Dengan sekali lafaz sahaja, kini Adilah menjadi hakmilik Taufiq.. bacaan doa berkumandang mendoakan mempelai agar berbahagia untuk selamanya.. menjalankan rutin rumahtangga dan menunaikan kewajipan kepada Allah, untuk dunia dan akhirat.. 

 Aku terpaku melihat adegan ini.. ketika Taufiq menghulurkan maskahwin kepada Adilah.. Adilah mengalirkan airmata.. (boleh tahan kememeh gak dia.. hahaha).. statusnya telah pun berubah.. ketika ini, beberapa lafaz diucapkan oleh Taufiq dan disambut oleh Adilah..

 Inilah wajah mempelai yang berseri.. Aku meminjam kenangan mereka untuk tatapan semua.. Tahniah my cousin! cepat-cepatlah ye.. uhukz! 

So, Nidza, nilah pertaruhan saya.. :) saya syorkan kepada semua, tak salah pun join peraduan yang Nidza buat.. Untung sabut timbul.. betul x? Hadiahnya pun istimewa.. hehee.. kalau ada rezeki saya, bolehlah saya abadikan kenangan saya dalam hadiah awak, kan Nidza? :)
Macamane nak join? Click banner di sidebar saya ye.. 

http://fromhtoz.blogspot.com/2010/06/peraduan-aku-terima-nikahnya.html    

tarikh akhirnya : 31 July 2010

~GIVEAWAY BY EIRAH CRAFT~


Aku tertarik dengan kepelbagaian kraftangan yang ada di bumi Malaysia ini, tanahair kita. Dengan kesepaduan pelbagai kaum dan bangsa yang ada, Malaysia dapat mempamerkan satu keunikan yang tiada di negara lain. Seperti yang dipamerkan dalam blog Eirah Craft ini, aku terpegun seketika melihat hasil seninya dalam membuat kraftangan mutiara sabah.. apa yang aku pernah ketahui, mutiara sabah memang mahal namun berbaloi memilikinya.. :)

Aku berbangga melihat keunikan Eirah Craft menghasilkan kraftangan dari manik, kain felt, mutiara dan juga suratkhabar.. andai tanganku berseni sepertinya.. hahaha.. namun, oleh kerana tanganku tak berseni sepertinya, aku mencuba nasib untuk join GIVEAWAY ini.. bak kata pepatah melayu.. untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. :)

Aku syorkan kepada mereka yang berminat dengan kepelbagaian dunia kraf, singgahlah di blog Eirah Craft ni, secara serius aku katakan, kawan-kawan takkan menyesal.. dengan harga yang berpatutan, dan hasil yang amat memberangsangkan.. antara produk :
lawa-lawa tak? seandainya nak join GIVEAWAY ni, pun boleh.. saya galakkan kawan-kawan untuk mencuba.. :) boleh dapatkan details di :

 

~GIVEAWAY ~ by ChanteqShopp



Melewati hari petangku, usai menunaikan solat Asar, aku memulakan blogwalkingku yang pertama. Sehinggalah aku menemui satu blog yang cukup ringkas dan mudah difahami isi kandungan yang ingin disampaikan olehnya sebagai seorang usahawan muda.. :) dan membuatkanku sekadar ingin mencuba GIVEAWAY yang dianjurkan olehnya..


ChanteqShopp nama diberi
Ringkas blogsnya mudah difahami
Namun apa yang kuminati
Produk Avail pilhan hati
Tanpa perlu keluar rumah
Menghadap jem dan pelbagai kerenah
Hanya 'online' baranganku ditempah
Esok lusa sampailah ia
** Sebenarnya bukan tiada di pasaran, namun kesempatan masa sering tiada dan adakalanya diri sendiri terabai.. namun bila aku melihat ChanteqShopp menjual produk Avail (Pantiliner & Pad Herba) dengan harga yang sama di pasaran tapi bila kuhitung semula, aku boleh berjimat.. sebabnya? ChanteqShopp berikan FREE POSTAGE! 

 

AVAIL BEAUTY PAD
by
ChanteqShopp




Kebaikan mengguna produk ini untuk wanita :
  • Mencegah senggugut
  • Mengawalatur kitaran haid
  • Mencegah buasir
  • Membuangkan angin perut
  • Menghilangkan bau
  • Membuang darah beku di rahim
  • Mencegah keradangan dan membasmi kuman
  • Mengurangkan keputihan, kekuningan dan kegatalan faraj
  • Menghilangkan kepanasan dan menguatkan rahim

ChanteqShopp pun ada jual produk lain seperti shawl dan kain pasang.. Kawan-kawan, ni nak raya ni.. sempat lagi kalau nak beli kain pasang.. then boleh hantar tempah dengan tailor.. kainnya cantik-cantik.. :)
 
 nak join GIVEAWAY ni pun boleh.. best sangat2... tak salah mencuba, kalau ada rezeki, bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan pada kita.. betul x?