Salam blogwalkingku bermula di pagi hari ini.. ketika aku menerjah blog milik Nidza, yang menganjurkan satu peraduan, membuatkan hatiku terdetik untuk mencuba.. hahaha.. kalau diikutkan tajuk peraduan tu, aku ni sure tak layak sebab belum pun bernikah.. (menunggu hari bersejarah tu yang bakal tiba 16/10/2010 ni.. bersempena birthdayku)
tapi, bila aku baca syarat2nya, hehehe... why not i'm trying my luck? Nidza, saya mempertaruhkan gambar-gambar di bawah ini untuk tatapan anda dan juga pengunjung yang lain.. :)
Tarikh 1 Mei 2010 adalah tarikh bersejarah buat sepupuku yang rapat, Nur Adilah Abu Bakar dan juga pasangannya, Mohd Taufiq Ismail. Penikahan mereka diadakan di rumah pengantin perempuan.. (means rumah makcikku sendiri daa) pada pagi tarikh itu.. Aku bertugas sebagai orang penting.. iyer ker? ;) sebagai photographer.. taklah pro mana pun tapi sekurang-kurangnya dapat mengabdikan kenangan mempelai ini kan.. ahakz!
Gambar ini aku shoot ketika Adilah di dalam bilik bersama walinya, ehem..ehem, ayahnya sendiri dan tuan kadi.. begitu nervous aku melihat Adilah 'sign' borang nikahnya tu.. yelah, ayahnya pun asyik tengok je.. ahaha... anak pompuan nak kahwin la katakan.. then..
Gambar ni semasa majlis akad nikah tu berlangsung.. Bayangkanlah seandainya anda adalah pengantin lelaki seperti Taufiq ni? hehehe... bapak mertua sendiri yang nikahkan dia.. aku tak lupa lagi, masa ni punyalah penuh ruang tamu rumah memerhatikan acara tu berlangsung.. aku salute Taufiq yang cool, tenang je.. :) congrate la..
Dengan sekali lafaz sahaja, kini Adilah menjadi hakmilik Taufiq.. bacaan doa berkumandang mendoakan mempelai agar berbahagia untuk selamanya.. menjalankan rutin rumahtangga dan menunaikan kewajipan kepada Allah, untuk dunia dan akhirat..
Aku terpaku melihat adegan ini.. ketika Taufiq menghulurkan maskahwin kepada Adilah.. Adilah mengalirkan airmata.. (boleh tahan kememeh gak dia.. hahaha).. statusnya telah pun berubah.. ketika ini, beberapa lafaz diucapkan oleh Taufiq dan disambut oleh Adilah..
Inilah wajah mempelai yang berseri.. Aku meminjam kenangan mereka untuk tatapan semua.. Tahniah my cousin! cepat-cepatlah ye.. uhukz!
So, Nidza, nilah pertaruhan saya.. :) saya syorkan kepada semua, tak salah pun join peraduan yang Nidza buat.. Untung sabut timbul.. betul x? Hadiahnya pun istimewa.. hehee.. kalau ada rezeki saya, bolehlah saya abadikan kenangan saya dalam hadiah awak, kan Nidza? :)
Macamane nak join? Click banner di sidebar saya ye..
http://fromhtoz.blogspot.com/2010/06/peraduan-aku-terima-nikahnya.html |
tarikh akhirnya : 31 July 2010
0 comments:
Post a Comment